Thursday, July 16, 2020

Lelaki Iran Paling Kotor Di Dunia : 60 Tahun Tidak Mandi

0
Lelaki Iran Paling Kotor Di Dunia : 60 Tahun Tidak Mandi
Haji, 80 tahun percaya kebersihan akan mendatangkan penyakit buatnya. Itulah sebab kenapa dia tidak pernah mandi sejak 60 tahun. Dia tinggal di tempat terpencil di perkampungan Dejgah jauh di selatan Iran. Haji cukup tidak suka bersentuhan dengan air, malah perkara yang akan membuatkan dia marah apabila di suruh mandi.
 
Kesan sudah sekian lama tidak mandi, Haji sudah sebati dengan tanah. Dia sudah sebati dengan keadaan sekeliling. Jika tidak diperhatikan betul-betul dia dengan bongkah batu sudah hampir sama jika Haji duduk tanpa bergerak-gerak.

Bukan hanya perihal mandi sahaja yang dia tidak suka, malah pengambilan makanan segar dan meminum air yang bersih turut dia tidak berapa suka. Dia lebih gemar memakan makanan kegemarannya iaitu bangkai daging landak. Haji cuma minum 5 liter air sehari untuk tujuan kesihatan itupun air yang dari tin minyak yang berkarat. Ohya dia merokok dengan mengisi rokok paipnya dengan najis haiwan bukan tembakau.

Lelaki Iran Paling Kotor Di Dunia : 60 Tahun Tidak Mandi


Untuk trim rambut, dia menggunakan api untuk membakar rambutnya.

Haji tidak mempunyai rumah, hamparan bumi lah rumahnya. Dia tinggal di dalam lubang di dalam tanah, dah hampir sama macam lubang kubur. Kadangkala dia tidur di pondok bata yang terbuka dimana ianya dibina atas ihsan orang kampung yang simpati padanya. Mengikut panggilan setempat, dia dikenali dengan Amou Haji. Dalam istilah Farsi ‘Amou’ bermaksud panggilan manja untuk Lelaki Tua Yang Baik.

Menurut orang kampung, Haji memilih kehidupan ekstrem seperti itu kerana dia mengalami penderitaan emosi yang teruk di zaman mudanya. Dengan pilihannya itu, dia kelihatan lebih gembira dari mereka yang tinggal selesa di dalam rumah yang besar dan mempunyai pelbagai kemudahan. Apa dia peduli dengan karenah dunia, tiada apa yang dia nak risaukan, tiada apa yang dia nak kejarkan, tiada apa yang perlu dia takutkan.
  
Artikel Di Terjemahkan dari:
By Sumitra on January 13th, 2014

Baca juga tentang lelaki paling busuk di sini:
Author Image
AboutOoh Deo

Konten di dalam My Storyline ditulis sepenuhnya oleh Deo selaku empunya blog ini. Sebarang pertanyaan boleh email terus ke [email protected]

No comments:

Post a Comment