Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya?

Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya. Dr Thomas Stoltz Harney, Dr Harry Zimmermann, Evelyn Einstein, Hans Einstein,

Otak Albert Einstein pernah dicuri dan hilang selepas kematiannya pada usia 76 tahun. Pada 17 April 1955, Albert Einstein telah dikejarkan ke hospital di Princeton kerana mengadu sakit dada. Namun malang, keesokkan harinya pada pukul 1 pagi, Einstein dilaporkan telah meninggal dunia kerana saluran aorta pada jantungnya telah pecah.

Otak Albert Einstein Rupanya dicuri oleh Dr Thomas Stoltz Harvey!

Ketika beliau meninggal dunia, otakknya telah dicuri dan hilang selama 50 tahun! Orang yang mencurinya ialah Dr. Thomas Stoltz Harvey kerana selepas kematian Einstein beliau orang yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan untuk mengkaji punca kematian Einstein.

Selepas 7 jam mengenal pasti punca kematian Einstein, Dr Thomas Stoltz Harvey telah melakukan autopsi ke atas otak Einstein. Namun apa yang memeranjatkan, Stoltz bukanlah seorang doktor pakar bedah mahupun pakar otak sekalipun.

Stoltz mendakwa dia mendapat surat kebenaran untuk melakukan autopsi tersebut. Namun sehingga ke hari ini, surat kebenaran yang didakwa oleh Stoltz langsung tidak pernah dijumpai.

Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya. Dr Thomas Stoltz Harney, Dr Harry Zimmermann, Evelyn Einstein, Hans Einstein,

Ketika melakukan autopsi, Stoltz telah mengeluarkan otak Einstein dari tengkorak kepala, mengukur, menimbang berat dan mengambil beberapa gambar otak Einstein. Kemudian merendamnya di dalam cecair formaldehyde.

Tidak cukup dengan itu, Stoltz turut mengeluarkan biji mata Einstein dan kemudian diserahkan kepada doktor mata Einstein bernama Henry Adam. Selebihnya barulah Stoltz menyerahkan kembali jasad Einstein untuk tujuan pengebumian.

Apa yang dilakukan oleh Stoltz benar-benar bertentangan dengan apa yang telah diwasiatkan oleh Einstein. Sebelum meninggal dunia, Einstein ada berpesan agar tubuhnya dibakar bersama dengan otaknya sekali.

Autopsi Mengeluarkan Otak Einstein Mendapat Kebenaran Anak Lelaki Einstein!

Peristiwa ini menyebabkan Stolz hampir dibuang kerja dari Hospital Princeton. Namun beliau berjaya menyelamatkan kerjayanya apabila mendakwa proses autopsi tersebut mendapat kebenaran (retroactive permission) daripada anak lelaki Albert Einstein iaitu Hans Einstein.

Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya. Dr Thomas Stoltz Harney, Dr Harry Zimmermann, Evelyn Einstein, Hans Einstein,

Namun apabila pihak hospital meminta otak Einstein dari Stoltz, beliau enggan menyerahkannya sebaliknya beliau melarikan diri dari Hospital Princeton. Selepas dunia mengetahui otak Einstein berada pada tangan Stoltz, ramai yang telah meminta sebahagian daripadanya untuk tujuan penyelidikan.

Ramai penyelidik ingin mengkaji otak Einstein bagi mengetahui rahsia kepintaran luar biasa yang dimiliki oleh Albert Einstein. Adakah kecerdasan, kepintaran dan kepandaian yang dianugerahkan ini disebabkan oleh faktor genetik atau dengan hanya berusaha secara berterusan individu itu sendiri?

Para saintis berharap persoalan ini dapat dirungkai apabila mereka dapat membedah dan menyelidiki otak Einstein nanti.

Dr Thomas Stoltz Mengerat Otak Albert Einstein kepada 240 Bahagian!

Bagi tujuan penyelidikkan, Stoltz telah pergi ke Universiti Pennsylvania dimana dia telah mengerat otak Einstein kepada 240 bahagian. Sebahagiannya diserahkan kepada Dr. Harry Zimmermann (sebanyak 6 bahagian) dan sebahagian lagi diserahkan kepada saintis lain.

Ada satu ketika, Stoltz menghantar sebahagian otak Einstein kepada seorang saintis di Barkeley dengan hanya meletakkannya didalam bekas mayonis.

Otak Einstein yang selebihnya disimpan dalam 2 bikar yang dipenuhi formalin.

Terdapat beberapa kemungkinan mengapa Stoltz melakukan autopsi tersebut. Antaranya kerana beliau telah diarahkan oleh Harry Zimmermann. Namun dakwaan ini ditolak oleh Zimmermann sendiri.

Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya. Dr Thomas Stoltz Harney, Dr Harry Zimmermann, Evelyn Einstein, Hans Einstein,


Akhirnya Stoltz Menyerahkan Otak Albert Einstein kepada Cucunya Bernama Evelyn Einstein

Selepas 40 tahun otal Einstein berada dalam simpanan Stoltz, sepanjang tempoh itu tiada satu pun kertas penyelidikan yang telah dikeluarkan olehnya. Kesudahannya, setelah 40 tahun berlalu Stoltz mengambil keputusan untuk memulangkan otak Einstein kepada cucunya bernama Evelyn. Stoltz letak otak tu di dalam bekas tupperware ok!

Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya. Dr Thomas Stoltz Harney, Dr Harry Zimmermann, Evelyn Einstein, Hans Einstein,


Namun Evelyn tidak mahu menerimanya malah berang dengan Stoltz apabila dengan tidak sengaja Stoltz telah meninggalkan bekas otak datuknya dirumahnya.

Apabila Stoltz telah meninggal dunia pada tahun 2007, otak Einstein telah disimpan oleh warisnya supaya otak itu diserahkan untuk tujuan penyelidikkan.

Pewaris Stoltz Serah Otak Einstein Kepada National Museum of Health & Medicine

Pada tahun 2010, pewaris kepada Stolz telah menyerahkan otak Einstein kepada National Museum of Health & Medicine di Washington. Selain daripada National Museum of Health & Medicine, serpihan otak Albert Einstein dapat dilihat dan dilawati di Mutter Museum, Philadelphia.

Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya. Dr Thomas Stoltz Harney, Dr Harry Zimmermann, Evelyn Einstein, Hans Einstein,

Kajian setakat ini mendapati, saiz otak Einstein sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan manusia biasa. Cuma yang membuatkan dia lebih cerdik kerana hubungan sarafnya yang begitu kuat antara bahagian-bahagian otak. Hal ini dapat meningkatkan daya pemikirannya dan meningkatkan daya kecekapan otak.

Tahukah Anda Otak Albert Einstein Pernah Dicuri Selepas Kematiannya. Dr Thomas Stoltz Harney, Dr Harry Zimmermann, Evelyn Einstein, Hans Einstein,

Artikel ini perkongsian dari saudara Zamir Mohyedin di akaun twitternya. Boleh follow twitter beliau untuk baca pelbagai perkongsian menarik dan menambah ilmu.




Post a Comment

1 Comments

  1. uishh boleh pulak curi dan buat kajian ye. tapi seriuslah disimpan dan letak dalam muzium.

    ReplyDelete