Tuesday, April 28, 2020

Selawat Tafrijiyah Suara Dato' Sri Siti Nurhaliza Merdu & Lunak

2

Selawat Tafrijiyah ni kalau sesiapa yang pernah amalkan mesti dah tahu apa kelebihan dan kebaikkannya pada kita. Sesiapa yang mengamalkannya INSYAALLAH bertalu-talu rezeki masuk dan satu per satu diberi jalan keluar dari masalah, semuanya kesulitan akan terungkai.

Kepada yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah. INSYAALLAH. 

ANTARA KEBAIKKAN SELAWAT TAFRIJAYAH

  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. 
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. 
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. 
  4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai. 
  5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. 
  6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. 
  7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. 
  8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan



MAKSUD SELAWAT TAFRIJIYAH 

"Ya Allah limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatangi semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khotimah (bagus akhir hayatnya) dan turunkan siraman mendung (hujan) lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat baginda di dalam setiap kerlipan mata dan nafas denga bilangan semua yang diketahui oleh Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam"
Author Image
AboutOoh Deo

Konten di dalam My Storyline ditulis sepenuhnya oleh Deo selaku empunya blog ini. Sebarang pertanyaan boleh email terus ke [email protected]

2 comments: