Pengeluaran KWSP Maksimum RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Bermula 1 April




Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa kini, pengeluaran jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak COVID-19.

Dalam sidang media khas di Bangunan Perdana Putra hari ini, beliau berkata, inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 bilion.

Beliau berkata, dengan inisiatif tersebut, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak empat peratus bermula April 2020, ia akan membolehkan para pekerja mempunyai lebihan wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.

“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.

Tan Sri Muhyiddin berkata, inisiatif itu merupakan langkah yang telah diputuskan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Sumber: Awani

Post a Comment

0 Comments